Editorial 1 (12.07.2008)

Akhbar pada talian (atau e-akhbar) semakin popular di Malaysia pada hari ini memandangkan bahawa bilangan rakyat yang memiliki kemudahan internet semakin bertambah. Dijangkakan pada masa terdekat, pengaruh akhbar yang sedemikian akan semakin meningkat.

Salah satu sebab utama e-akhbar begitu popular ialah keupayaannya mengemaskinikan kandungannya dengan pantas, secepat berlakunya sesuatu peristiwa itu. Hal ini memungkinkan pembaca mengikuti perkembangan yang berlaku di serata dunia menghampiri secara masa sebenar.

E-akhbar mendapat lawatan maksimum apabila berlaku sesuatu peristiwa penting atau sensasi.  Misalnya, pada hari ini, e-akhbar di Malaysia tiba-tiba menjadi popular kerana situasi politik Malaysia yang dicampuradukkan dengan isu-isu sensasi bebentuk penyalahgunaan kuasa dan jenayah yang melibatkan ahli politik dan pegawai kerajaan berprofil tinggi.

Satu lagi perkara yang menyebabkan e-akhbar berjaya membina pengikut setia ialah sifatnya yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa sebaliknya dikawal oleh para profesional yang mengendalikannya.

Kami di eBerita menyedari akan kekuatan pengaruh jenis akhbar yang kami kendalikan ini. Maka kami akan menggunakan pengaruh itu untuk membuat liputan secara cepat, tepat, dan tanpa sensasi.

Dr. Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 11 Julai 2008, 11:40 am.

Tinggalkan jawapan