Arkib bagi 'Politik'Kategori

OPERASI CABAR

September 12, 2008

LAGI TERKINI. 11:50 pm: Ahli parlimen Seputeh dan exco Selangor, Teresa Kok, ditahan mengikut akta keselamatan dalam negeri (ISA).  Penahanan ini adalah penahanan ISA yang ketiga dibuat polis pada hari ini setelah penahanan blogger Raja Petra Kamaruddin di rumahnya pada jam 4.15 pm tadi dan penahanan wartawan Harian Sin Chew, Tan Hoon Cheng (lihat berita di bawah).

TERKINI. 10:30 pm: Wartawan Harian Sin Chew, Tan Hoon Cheng, ditahan di bawah ISA.  Dia ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam tadi.  Tan ialah wartawan yang melaporkan bahawa Ahmad Ismail (gambar), Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman terhadap orang-orang Cina Malaysia semasa kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.  Apakah UMNO tidak risau bahawa MCA dan Gerakan akan keluar BN akibat penangkapan ini? (Mereka mengharapkan Ahmad Ismail yang ditahan).

POLIS NAK TANGKAP ANWAR IBRAHIM

Julai 13, 2008
Kuala Lumpur, 13 Julai. Pihak polis telah ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan menyerahkan perintah mahkamah menghalangnya berada dalam lingkungan 5 kilometer dari bangunan Parlimen esok, Isnin 14 Julai 2008.  Menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Tian Chua) kepada AFP, larangan itu juga meliputi penyokong-penyokong parti pembangkang itu.  Perintah mahkamah itu memberi kuasa kepada polis untuk menangkap mereka yang melanggar arahan yang berkenaan. Terdahulu, Anwar telah menyatakan hasratnya untuk ke Parlimen bagi mengikuti debat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.  

 

 
Tian Chua

 

Sementara itu, pihak PKR juga menafikan merancang hendak berdemonstrasi di kawasan Palimen esok dan berpendapat bahawa sekatan jalan raya yang sedang diadakan pihak polis di sekitar Kuala Lumpur adalah tidak perlu.

Kata Anwar, “Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)”.  Anwar menganggap perintah mahkamah itu sebagai fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang.  Katanya, beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.  

 


Datuk Seri Abdullah Badawi – Undi tidak percaya dicadangkan terhadapnya di Parlimen esok.
 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.