KEMASKINI 9.30 am. DSAI akan dibebaskan pagi ini. Sekarang dalam proses ikat jamin polis. Dia akan pulang terus ke rumahnya di Bkt Segambut. Sidang akhbar pada pukul 2 petang ini di rumahnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar lama)
Kuala Lumpur 18 Julai: 8:30 am. Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) yang ditahan polis pada jam 12.55 tengah hari semalam, kini masih belum dibebaskan lagi. Anwar ditahan kerana polis “bimbang” yang dia tidak akan datang melaporkan diri untuk disiasat (atas dakwaan meliwat) pada jam 2.00 petang seperti yang dijanjikan. Pihak polis telah mensensasikan penangkapan itu dengan menggunakan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) bertopeng ski. IPD Tempat Anwar disiasat juga telah dikenakan kawalan Unit Simpan Persekutuan (FRU). Anwar kemudiannya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani siasatan secara perubatan. e-Berita difahami bahawa Anwar enggan dilakukan ujian DNA dan pemeriksaan perubatan penuh terhadap dirinya.
—————–

BERITA DARI ANDA. Anda berada di tempat kejadian? Hantarkan berita kepada kami melalui emel eberita@yahoo.com atau sms 0192.680086.