Arkib bagi Ogos, 2008

PKR MENANG DI PERMATANG PAUH!

Ogos 26, 2008

KEMAS KINI 9.59 pm: Keputusan rasmi: Anwar 31,195; Arif 15,524; Hanafi 92. Majoriti 15,671 (melebihi majoriti yang dimenangi oleh Wan Azizah 8 Mac lalu dengan 2,283 undi). 

TERKINI DI (PILIHAN RAYA KECIL) PERMATANG PAUH 6.38 pm: Maklumat terbaru daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN): Peratusan keluar mengundi DUN Seberang Jaya 73%, DUN Permatang Pasir 77%, DUN Penanti 73%. Peratusan keseluruhan 75%. Sejumlah 37,082 orang keluar mengundi.

KHABAR ANGIN (Keputusan Tak Rasmi): BN 10,436 undi manakala PR 26,646 undi.

Permatang Pauh — Nik Aziz pun ada

Ogos 16, 2008

Permatang Pauh - 16 Ogos.  Proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh berjalan lacar pada hari ini.  Empat calon telah mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan calon, Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun.  Walau bagaimanapun salah seorang calon telah menarik diri dalam tempoh bantahan. 

Beberapa nama besar dalam dunia politik Malaysia telah menghadirkan diri untuk menyokong calon masing-masing.  Datuk Seri Najib hadir sebagai penyokong utama calon Barisan Nasional (BN), YB Arif Shah Omar Shah.  Sementara itu, YAB Datuk Seri Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, juga hadir bagi menyokong calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di samping Arif Shah dan Anwar, turut bertanding ialah Hanafi Hamat, presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Orang keempat yang mengemukkan borang pencalonan, Dr Mansor Othman, menarik diri apabila pencalonan Anwar diterima. Beliau dikatakan mengemukakan borang penalonan sebagai back-up PR sekiranya pencalonan Anwar ditolak.

Anwar dijangka akan memenangi kerusi itu dengan mudah pada pilihan raya yang akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Permatang Pauh – SPR Bermesyuarat hari ini

Ogos 6, 2008

KEMASKINI 12:28 pm: Tarikh penamaan calon untuk kawasan parlimen Permatang Pauh telah ditetapkan sebagai 16.8.2008 (Sabtu).   Tarikh mengundi ialah 26.8.2008 (Selasa).  Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin didakwa di mahkamah esok.

Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada hari ini untuk menentukan butir-butir pilihan raya kecil yang akan di adakan untuk kawasan parlimen Permatang Pauh, termasuk hari penamaan calon dan hari mengundi.  Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kerusi itu dilepaskan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) minggu lepas.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat PKR)  sebagai calon. Pihak kerajaan (Barisan Nasional BN) masih beum menentukan calon yang akan mewakilinya.