OPERASI CABAR

September 12, 2008

LAGI TERKINI. 11:50 pm: Ahli parlimen Seputeh dan exco Selangor, Teresa Kok, ditahan mengikut akta keselamatan dalam negeri (ISA).  Penahanan ini adalah penahanan ISA yang ketiga dibuat polis pada hari ini setelah penahanan blogger Raja Petra Kamaruddin di rumahnya pada jam 4.15 pm tadi dan penahanan wartawan Harian Sin Chew, Tan Hoon Cheng (lihat berita di bawah).

TERKINI. 10:30 pm: Wartawan Harian Sin Chew, Tan Hoon Cheng, ditahan di bawah ISA.  Dia ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam tadi.  Tan ialah wartawan yang melaporkan bahawa Ahmad Ismail (gambar), Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman terhadap orang-orang Cina Malaysia semasa kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.  Apakah UMNO tidak risau bahawa MCA dan Gerakan akan keluar BN akibat penangkapan ini? (Mereka mengharapkan Ahmad Ismail yang ditahan).


PKR MENANG DI PERMATANG PAUH!

Ogos 26, 2008

KEMAS KINI 9.59 pm: Keputusan rasmi: Anwar 31,195; Arif 15,524; Hanafi 92. Majoriti 15,671 (melebihi majoriti yang dimenangi oleh Wan Azizah 8 Mac lalu dengan 2,283 undi). 

TERKINI DI (PILIHAN RAYA KECIL) PERMATANG PAUH 6.38 pm: Maklumat terbaru daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN): Peratusan keluar mengundi DUN Seberang Jaya 73%, DUN Permatang Pasir 77%, DUN Penanti 73%. Peratusan keseluruhan 75%. Sejumlah 37,082 orang keluar mengundi.

KHABAR ANGIN (Keputusan Tak Rasmi): BN 10,436 undi manakala PR 26,646 undi.


Permatang Pauh — Nik Aziz pun ada

Ogos 16, 2008

Permatang Pauh - 16 Ogos.  Proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh berjalan lacar pada hari ini.  Empat calon telah mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan calon, Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun.  Walau bagaimanapun salah seorang calon telah menarik diri dalam tempoh bantahan. 

Beberapa nama besar dalam dunia politik Malaysia telah menghadirkan diri untuk menyokong calon masing-masing.  Datuk Seri Najib hadir sebagai penyokong utama calon Barisan Nasional (BN), YB Arif Shah Omar Shah.  Sementara itu, YAB Datuk Seri Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, juga hadir bagi menyokong calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di samping Arif Shah dan Anwar, turut bertanding ialah Hanafi Hamat, presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Orang keempat yang mengemukkan borang pencalonan, Dr Mansor Othman, menarik diri apabila pencalonan Anwar diterima. Beliau dikatakan mengemukakan borang penalonan sebagai back-up PR sekiranya pencalonan Anwar ditolak.

Anwar dijangka akan memenangi kerusi itu dengan mudah pada pilihan raya yang akan diadakan pada 26 Ogos ini.


Permatang Pauh – SPR Bermesyuarat hari ini

Ogos 6, 2008

KEMASKINI 12:28 pm: Tarikh penamaan calon untuk kawasan parlimen Permatang Pauh telah ditetapkan sebagai 16.8.2008 (Sabtu).   Tarikh mengundi ialah 26.8.2008 (Selasa).  Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin didakwa di mahkamah esok.

Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada hari ini untuk menentukan butir-butir pilihan raya kecil yang akan di adakan untuk kawasan parlimen Permatang Pauh, termasuk hari penamaan calon dan hari mengundi.  Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kerusi itu dilepaskan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) minggu lepas.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat PKR)  sebagai calon. Pihak kerajaan (Barisan Nasional BN) masih beum menentukan calon yang akan mewakilinya.


Anwar Ibrahim Masih Ditahan Polis

Julai 17, 2008

KEMASKINI 9.30 am. DSAI akan dibebaskan pagi ini. Sekarang dalam proses ikat jamin polis. Dia akan pulang terus ke rumahnya di Bkt Segambut. Sidang akhbar pada pukul 2 petang ini di rumahnya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim (Gambar lama)

Kuala Lumpur 18 Julai:
8:30 am. Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) yang ditahan polis pada jam 12.55 tengah hari semalam, kini masih belum dibebaskan lagi.  Anwar ditahan kerana polis “bimbang” yang dia tidak akan datang melaporkan diri untuk disiasat (atas dakwaan meliwat) pada jam 2.00 petang seperti yang dijanjikan.  Pihak polis telah mensensasikan penangkapan itu dengan menggunakan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) bertopeng ski.  IPD Tempat Anwar disiasat juga telah dikenakan kawalan Unit Simpan Persekutuan (FRU).  Anwar kemudiannya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani siasatan secara perubatan.  e-Berita difahami bahawa Anwar enggan dilakukan ujian DNA dan pemeriksaan perubatan penuh terhadap dirinya.

—————–

BERITA DARI ANDA. Anda berada di tempat kejadian? Hantarkan berita kepada kami melalui emel eberita@yahoo.com atau sms 0192.680086.


POLIS NAK TANGKAP ANWAR IBRAHIM

Julai 13, 2008
Kuala Lumpur, 13 Julai. Pihak polis telah ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan menyerahkan perintah mahkamah menghalangnya berada dalam lingkungan 5 kilometer dari bangunan Parlimen esok, Isnin 14 Julai 2008.  Menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Tian Chua) kepada AFP, larangan itu juga meliputi penyokong-penyokong parti pembangkang itu.  Perintah mahkamah itu memberi kuasa kepada polis untuk menangkap mereka yang melanggar arahan yang berkenaan. Terdahulu, Anwar telah menyatakan hasratnya untuk ke Parlimen bagi mengikuti debat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.  

 

 
Tian Chua

 

Sementara itu, pihak PKR juga menafikan merancang hendak berdemonstrasi di kawasan Palimen esok dan berpendapat bahawa sekatan jalan raya yang sedang diadakan pihak polis di sekitar Kuala Lumpur adalah tidak perlu.

Kata Anwar, “Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)”.  Anwar menganggap perintah mahkamah itu sebagai fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang.  Katanya, beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.  

 


Datuk Seri Abdullah Badawi – Undi tidak percaya dicadangkan terhadapnya di Parlimen esok.
 

 

 


Siaran Percubaan: eBerita Bermula Hari Ini

Julai 12, 2008

KUALA LUMPUR 12 JULAI. Mulai hari ini, syarikat eSastera Enterprise menerbitkan akhbar internet (e-akhbar) Malaysia yang dinamai eBerita.

Tagline untuk akhbar ini ialah: Dikemaskinikan 25 jam sehari, 8 hari seminggu!

 

Kami akan memanfaatkan pengalaman tujuh tahun kami menerbitkan e-majalah sastera eSastera.com demi memberikan anda apa yang terbaik untuk anda melalui eBerita.

 

Sila lawati lagi eBerita untuk mendapatkan maklumat terkini yang tepat tanpa disensasi.

 

 -eBerita.

—————

BERITA DARI ANDA. Anda berada di tempat kejadian? Hantarkan berita kepada kami melalui emel eberita@yahoo.com atau sms 0192.680086.